#VIDEO pasangan kanak-kanak yang didakwa dipaksa berkahwin mendapat simpati pelbagai pihak termasuk Yayasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).
#Majlis perkahwinan kanak-kanak berusia 10 tahun itu dirakam di Chittorgarh, sebuah bandar di Rajasthan, utara India.
#Rakaman itu dianggap menyayat hati apabila kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menangis dan meminta bantuan bapanya.
#Bagaimanapun dia terus dipaksa untuk mengikuti ritual perkahwinan berkenaan.
#Selain itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun turut disuruh berkahwin dengan budak lelaki 11 tahun.
#Dia telah dipimpin oleh seorang lelaki dipercayai bapanya untuk mengikuti ritual perkahwinan berkenaan sehingga selesai.
#Seorang aktivis kanak-kanak, Kriti Bharti yang juga pengasas Yayasan Saarti berkata, hatinya luluh selepas melihat kanak-kanak tersebut dipaksa berkahwin.
#Jelasnya, pertubuhan yang diwujudkan berjaya menghalang 850 perkahwinan kana-kanak di Rajasthan sebelum ini.
0 Response to "'Papa, Jangan Paksa Saya...' - Video Kanak² 5 Tahun Menagis Dipaksa Berkahwin, Namun Pada Malam Pertamanya..."
Post a Comment