Punca Sebenar Gadis 18 Tahun ini Sanggup Berkahwin Dengan Seorang Lelaki Berusia 63 tahun yang mendapat Perhatian Netizen Pasti Membuatkan Ramai Yang Tak Percaya Cinta Itu Buta!!

Punca Sebenar Gadis 18 Tahun ini Sanggup Berkahwin Dengan Seorang Lelaki Berusia 63 tahun yang mendapat Perhatian Netizen Pasti Membuatkan Ramai Tak Terkata

Makassar (Indonesia): Seorang datuk yang sudah berusia 63 tahun menjadi bualan mulut netizen di Indonesia selepas dia mengahwini seorang gadis berusia 18 tahun.

Menurut portal tempatan Makassar, Harian Fajar, datuk itu yang dikenali sebagai Nasir, berkahwin dengan gadis pujaannya, Milawati pada Isnin lalu di Desa Suwa.

Nasir ketika ditemuramah oleh akhbar itu berkata, dia sudah berkahwin sebelum ini namun isterinya meninggal dunia pada Februari lalu akibat sesak nafas.

Menurutnya, sejak menduda, dia berhasrat untuk berkahwin lagi dan menginginkan bakal isteri yang masih dara.

“Alhamdulillah, akhirnya doa saya dimakbulkan,” katanya.

Nasir berkata, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali sebelum bertandang ke rumah gadis itu untuk meminang.

Bapa kepada Milawati, Nasaruddin, 48, berkata dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya itu bersetuju.

“Tiada paksaan dalam perkahwinan ini. Apabila kedua-duanya bersetuju saya hanya memberi restu,” jelasnya.

Milawati berkata, biarpun jarak usia yang jauh, dia tiada masalah untuk berkahwin dengan Nasir.

“Banyak orang yang menghina kami, tetapi inilah jodoh dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.

0 Response to "Punca Sebenar Gadis 18 Tahun ini Sanggup Berkahwin Dengan Seorang Lelaki Berusia 63 tahun yang mendapat Perhatian Netizen Pasti Membuatkan Ramai Yang Tak Percaya Cinta Itu Buta!!"

Post a Comment