Setelah Lama Mendiamkan Diri, Anak Kazar 'Buka Mulut' Jawab Isu Viral 'Gelekan Maut'!





Sebelum ini kecoh apabila anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar telah memuat naik video 'gelekan maut' sehingga ianya menjadi viral. 




Susulan itu, pelbagai kritikan yang diterima oleh beliau dan Kazar turut terkena tempiasnya. Menyedari kesilapannya, Ira atau nama sebenarnya #Faghira #Fatini Kazaruddin, 21, mengangap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran buat dirinya.




“Saya rasa semua dah sedia maklum dengan video saya yang menjadi viral dan saya ingin mohon maaf kepada semua yang tidak suka dengan tindakan saya.


“Video itu saya dah padamkan dan saya anggap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran buat diri saya.


“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum memuatnaik sebarang video atau gambar di media sosial,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada pagi Isnin.


Tambah Ira lagi, dia tidak mengetahui tentang video tersebut menjadi viral sehinggalah diberitahu oleh rakan-rakannya.



“Sebenarnya video itu saya muatnaik hanya sekadar suka-suka, tak tahu pula sampai jadi viral.


“Saya dapat tahu perkara ini pun bila rakan-rakan saya khabarkan pada saya mengenai #video tersebut


“Saya rasa video ini menjadi viral kerana saya adalah anak kepada seorang #pelakon.


“Sebenarnya video itu saya muatnaik hanya suka-suka dan saya rasa perkara ini menjadi viral kerana saya anak seorang pelakon.


“Selepas jadi viral memang banyak komen-komen negatif yang diberikan kepada saya namun benda dah jadi, nak tak nak saya kena terima.


“Bagaimanapun hubungan saya dan ayah baik, tak ada apa-apa masalah pun dan sebagai anak saya terima nasihat yang diberikan oleh ayah dengan hati yang terbuka.


“Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan tindakan saya,” 
Ira juga merupakan peserta ujibakat #Akademi Fantasia 2016 telah menyedari kesilapan itu dan semoga isu ini tidak diperbesarkan lagi.

0 Response to "Setelah Lama Mendiamkan Diri, Anak Kazar 'Buka Mulut' Jawab Isu Viral 'Gelekan Maut'!"

Post a Comment